Friday, June 13, 2014

Novel Kanak-Kanak: Dunia Daniel Badri 2

Bab 2

Memulakan Rancangan

            Badrimerenung sesuatu. Isu penculikan kanak-kanak bukan lagi isu. Malah, sudah diwar-warkan secara besar-besaran. Baruddinharus melakukan sesuatu. Baginya, menangkap penjenayah yang sebenar bukan soal keberaniannya sebagai seorang kanak-kanak. Bukan dia hendak menunjukkan dirinya. Namun, semuanya ini adalah soal keselamatan dan maruah. Maruah kanak-kanak harus ditegakkan di dunia keadilan. Maruah kanak-kanak tidak harusnya dipijak-pijak oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan yang tertentu. Malah, kanak-kanak harus dilindungi dan diberikan kasih sayang dan bukannya ditakut-takutkan dengan penculikan.
            ’Salleh dan Zakaria harus dimasukkan ke dalam penjara. Biar dia tahu tinggi rendahnya langit!’ azam Daniel. Suaranya hatinya bergema pada pagi yang sangat permai di kampungnya ini.
            Baruddinsudah merancang hendak bangun awal pada pagi ini. Usai solat Subuh, Baruddinmerancang hendak melakukan sesuatu pada pagi. Baruddinsudah menyimpan bukunya di tempat letak buku di dalam almari belajarnya. Walaupun sesak dengan buku pelajarannya, buku nota perancangannya itu harus disimpan di tempat yang sesuai dan agak terlindung. Dia tidak mahu adik-adiknya mengetahui rancangannya.
Baruddindan Hakimi sudah belajar berenang daripada ayahnya, Encik Isman. Lagipun, sejak kecil mereka memang didedahkan dengan lautan. Syukurlah, jika ada apa-apa berlaku kepada dirinya, tidak ada sesiapa yang boleh mengganggunya. Hanya yang menjadi masalahnya sekarang, dia hanya dibenarkan bermain di hadapan rumah mereka di pinggir Lautan Zulumun di dalam Bandar Sierra yang sentiasa sibuk itu. Itulah yang menyebabkan Baruddintidak senang hati. Paling-paling jauh dia dan Hakimi akan berenang ke tengah Lautan Zuluman itu bersama ayahnya. Ayahnya sudah serik kerana peristiwa dia diculik oleh penjual kanak-kanak tiga bulan yang lalu. Namun, Baruddintidak pernah serik dengan apa yang berlaku.
Peristiwa Baruddinterdampar ke Lautan Artikaz tiga bulan lalu benar-benar menginsafkan ayahnya selaku penjaga kepada Daniel. Walaupun ayah Daniel, Encik Isman terlalu sibuk dengan tugasnya di Lautan Zuluman itu, namun mahu tidak mahu dia terpaksa mengawal anaknya itu daripada berjalan di tepi pantai yang agak jauh dengan rumah mereka. Ayahnya sedar Baruddinadalah anaknya yang agak nakal dan degil. Namun dalam diam, Baruddindan Hakimi terasa terkongkong kerana tidak dapat bertemu dengan rakan-rakan sepermainannya.
            “Kenapa abang termenung ni?” soal Hakimi. Baruddindiam seketika. Fokus utamanya harus dilaksanakan.
            “Kau ni suka mengejutkan abanglah Hakim!” kata Baruddinmenunjukkan wajah yang agak terkejut. Marak matanya memandang adiknya yang berdiri di sisi kirinya.
Baruddinduduk di tangga rumah mereka. Matanya jauh memandang ke arah Lautan Zuluman yang tenang dan membisu. Dia suka menjadi nelayan yang handal di Lautan Zuluman yang terdalam dasarnya di dunia itu. Ayah mereka pagi-pagi lagi sudah turun ke laut. Emaknya pula, Puan Lobinah sudah keluar ke pasar menjual ikan asin. Tinggallah mereka empat orang adik beradik di rumah tersebut.
            “Abang rindulah nak main-main di pantai sebelah sana tu. Lama kita tak ke sana kan. Marilah kita ke sana kejap! Tapi kalau Hakim tak mahu ikut, tak usahlah! Biar abang sendiri yang pergi sana!” kata Baruddinsambil menjuihkan mulutnya ke arah pinggir lautan di sebelah kiri mereka. Baruddintidak mahu berkurung lagi di rumahnya ini pada pagi ini.   
            “Mana boleh kita ke sana bang! Jangan-jangan penculik budak-budak tu masih di sana. Abang tak takut?” kata Hakimi mengingatkan abangnya. Baruddinmengerutkan dahinya dan seketika dia hanya mengangguk. Namun, dia sentiasa memikirkan bagaimana mencari jalan untuk menangkap penculik itu. Mindanya sentiasa bergerak ke arah itu.
            “Abang tak takut penculik tu. Abang nak cari mereka lagi! Abang memang nak jumpa mereka tu! Inilah waktunya misi abang bermula!” kata Baruddinmengepal penumbuknya menunjukkan semangatnya. Hampir terbeliak mata Hakimi mendengar ungkapannya.
            “Menangkap pencuri? Senangkah nak tangkap pencuri tu bang? Setahu saya, pencuri tu licik bang! Kita ni kan budak-budak lagi!” kata Hakimi menyanggah kata-kata abangnya. Matanya tegak memandang adiknya. Soalan yang tidak masuk di dalam akal! Aku akan buktikan!’ Bisik Baruddinkepada dirinya sendiri.  
            “Bukan pencuri lah tapi penculiklah Hakim! Mereka tu manusia yang sangat kejam! Kalau abang jumpa mereka semula entah bagaimanalah perasaan abang ya! Tentu mereka akan takut kepada abang kan? Sebabnya, rahsia mereka dalam tangan abang!” kata Baruddinmembetulkan kata-kata adiknya Hakimi. Hakimi mengangguk tanda bersetuju dengan kata-kata abangnya Daniel.
            “Ya! Lebih kurang sama lah tu! Hmm, kalau jumpa, abang bawalah mereka ke balai polis! Jangan biarkan mereka lepas bebas di kampung kita ni!” kata Hakimi bersungguh-sungguh. Baruddinmengenyitkan matanya.  Dia sudah tahu harus bertindak bagaimana selepas ini. Penculik itu tidak seharusnya dilepaskan  bebas di sini.
            “Mana boleh Hakim! Kita harus buat siasatan dulu. Kita tak ada bukti yang kukuh! Jangan buat main benda ni Kim. Kita kena kerja keras sikit! Kalau dibiarkan mereka akan lebih mengembangkan sayap kejahatan mereka di kampung kita ni!” kata Baruddinmasih tidak mahu mengakui kata-kata adiknya. Baruddinsuka memberikan pandangan yang bernas kepada adiknya itu. Hakimi mengangguk dan dalam diam dia kagum kepada abangnya yang banyak berfikir mengenai penculik itu.
            “Ya lah! Abang menang! Sentiasa menang dan selalu betul! Kita kena berfikir dulu sebelum bertindak!” kata Hakimi perlahan lantas mencubit lengan kurus abangnya Daniel. Baruddinmengangguk. Tajam matanya memandang adiknya itu.
            “Ya, abang rancang macam tu lah, nak tangkap penculik bukannya mudah Hakim! Kita memerlukan strategi tertentu. Jadi, waktu cuti ni adalah waktunya yang sangat sesuai!” soal Baruddinpula. Hakimi hanya tersenyum.
            “Jangan nak buat hal bang! Ni benda serius dan bahaya sebenarnya. Jangan lah kita bertindak sendirian. Mesti ada orang dewasa yang kita beritahu dulu. Saya tak yakin abang dapat mengalahkan pencuri yang dua orang tu! Mereka tu orang dewasa bang! Mereka lebih banyak akal daripada kanak-kanak macam kita!” kata Hakimi melarang. Baruddinmemandang Hakimi. Kadang-kadang mereka tidak sependapat dalam beberapa perkara.
            ”Abang dah besar Hakim. Abang bukan budak-budak lagi! Tak perlu orang dewasa. Kita yang siasat dulu sebelum kita serahkan kes ini kepada pihak polis!” kata Baruddinyang tidak mahu dicop sebagai kanak-kanak oleh adiknya itu.
            ”Jangan kita buat hal lagi bang! Walaupun abang bukan kanak-kanak tapi lelaki itu mesti banyak pengalaman daripada kita. Kita ni masih banyak yang perlu dipelajari! Jangan rasa diri hebat bang!” kata Hakimi dengan panjang lebar. Baruddinmenyengih.
            “Saya tak buat hal! Tapi, memang itulah hasrat abang sekarang! Sementara ada waktu yang tepat begini! Sementara cuti lah ni! Kalau kita tak cuti, mana dapat kita nak ke mana-mana!” kata Daniel. Hakimi mengangguk setuju dengan cadangan abangnya.
Cuti sekolah akhir tahun sudah bermula. Baruddinsudah bercadang melakukan sesuatu yang bermanfaat dan akan dikenangnya sepanjang hayatnya. Tiba musim persekolahan nanti, dia akan menceritakan pengalamannya menangkap penculik kepada kawan-kawannya. Tentu seronok!’ Bisiknya dengan hati yang berbunga.
            “Ala bang, penculik tu mungkin dah ditangkap polis akibat sikap mereka yang kurang ajar tu. Tapi bolehkah abang menangkap mereka? Mereka tu lebih tua daripada kita! Mereka tu cekap!” kata Hakimi pula, mengagak akan tindakan polis. Baruddinmengangguk.
            “Mesti dapat kalau kita berusaha. Tua atau muda bukan ukuran! Lepas usaha kita bertawakkal kepada Allah. Macam yang mak selalu ajar kita. Bukan begitu?” Soal  Baruddinperlahan. Hakimi mengangguk juga walaupun sebenarnya dia belum bersetuju dengan cadangan abangnya itu.
            ”Itu saya tahu bang tapi, kerja menangkap penculik bukan kerja kita! Itu kerja polis! Serahkan saja kepada polis bang!” kata Hakimi yang tidak bersetuju dengan cadangan abangnya. Baruddintetap tidak bersetuju dengan pendapat adiknya Hakimi.
            “Kita mesti mencuba Hakim. Kalau tak mencuba mana kita tahu sampai mana kebolehan kita. Jangan pendek akal lah  Hakim!” kata Baruddinlagi. Akhirnya Hakimi mendiamkan dirinya.
Matanya dikecilkannya. Keningnya bertemu. Laut luas masih dihadapi. Ada sesuatu yang masih digambarkan di lautan yang kadang-kadang membisu itu. Ada kalanya lautan mengganas teruatamanya pada waktu malam. Ombak akan membesar dalam waktu-waktu yang tertentu. Apatah lagi jika negara-negara jiran menghadapi bencana alam seperti Tsunami dan gempa bumi. Kawasan tempat tinggal mesti akan terlibat sama walaupun tidak banyak. Baruddinsekeluarga akan berasa takut dengan apa yang berlaku. Ini kerana rumah mereka berdekatan dengan pantai dan lautan.
            “Tak dengar pun mereka ditangkap. Jangan cari bala lagi bang. Saya takut kalau-kalau kita akan diculik lagi. Lagi kita teruk! Polis mana dapat menangkap mereka. Mereka tu licik. Lagipun bandar Sierra ni besar. Kita harus berhati-hati,” kata Hakimi kepada abangnya. Baruddinmasih menekurkan pandangannya jauh ke dalam Lautan Zuluman. Ombak berlari laju selaju ketakutan Baruddinterhadap penculik kanak-kanak yang sedang berleluasa di kawasan bandar Sierra ini.
            “Hakimi, abang nak tengok-tengok saja kawasan tu. Abang tak berniat nak berjumpa dengan dua orang manusia pencuri budak-budak tu! Tapi kalau terjumpa tak salah juga. Bolehlah kita berbincang dengan mereka!” kata Daniel. Mata Hakimi dipandang dengan galak. Minatnya muncul tambahan ibu bapanya tidak ada di rumah. Dia sudah merancang sesuatu setelah sekian lama.
            “Takutlah bang. Apa yang kita nak bincangkan dengan mereka? Saya takut kalau kita akan diculik pula. Pak cik dua orang tu pandai buat helah! Saya tak mahu lah ikut abang ke mana-mana!” kata Hakimi ketakutan. Wajah adiknya Hakimi yang tembam itu dipandang sungguh-sungguh. Adiknya memang ketakutan apabila menyebut pencuri budak-budak itu. Baruddinmencebikkan bibirnya. Dia tidak suka melihat adiknya yang selalu menyatakan rasa takutnya. Dia mahu adiknya berani seperti dirinya. Seperti ayah mereka yang tidak gentar akan ombak yang mengganas di lautan yang setiap hari dihadapinya. Ayahnya nelayan yang berjaya di kampung mereka itu. Malah, ayahnya diikttiraf sebagai ketua nelayan di pesisir pantai itu. Itulah kebanggaan Baruddinterutamanya sebagai seorang anak lelaki sulung dalam keluarganya.
            “Ah, jangan jadi penakut Hakim! Kita sudah hampir dewasa! Dewasa oleh pengalaman! Kitakan sudah pandai berenang dan belajar silat dengan ayah. Kalau mereka apa-apakan kita, pandailah abang menangkis mereka! Mereka tu tak tahu apa-apa! Apa kata kalau kita ikut ke mana sahaja mereka pergi. Apa kata kita siasat kegiatan mereka selama ini! Banyak juga kanak-kanak di pinggir Lautan Zuluman ini yang mereka kerjakan. Sekarang kita usaha menjejak penculik itu!” kata Baruddinmerangka cadangan kepada adiknya, Hakimi. Hakimi masih mendiamkan dirinya.
            “Jangan terlalu yakin dengan tindakan kita bang! Tak baik, riak tu namanya! Kita ni masih budak-budak lagi. Sedalam mana pun ilmu kita, kita tetap budak-budak! Senang-senang  mereka nak kalahkan kita,” kata Hakimi. Pada mulanya Baruddinterdiam seketika.
            “Ha! Ha! Ha! Ha!” Baruddinketawa terbahak-bahak dengan nasihat adiknya itu. Hakimi kehairanan dengan sikap abangnya itu. Dia terpinga-pinga. Hairan dengan sikap adiknya itu.
            “Apa hal abang ketawa? Salahkah cakap saya ni? Atau, abang ni memang degil! Tak mahu dengar cakap adik sendiri! Maklumlah saya ni masih  kecil lagi!” kata Hakimi seperti merajuk. Hakimi memandang ke lautan luas itu. Pandangannya menjadi kosong. Abangnya Baruddinselalu tidak mendengar kata-kata nasihatnya. Dia mahu abangnya selamat.  
Baruddinmenghabiskan ketawanya. Matanya masih menangkap wajah tembam di hadapannya.  Baruddinharus bertindak, itulah bisik hatinya.
            “Hakim…Hakim, nama saja kau ni budak pandai di sekolah tapi kurang cerdik dalam serba-serbi! Benda kecil macam ni pun kau tak boleh nak fikir! Banyak yang Hakim kena fikirkan tau! Maksud abang, kita kawan dulu dengan penculik yang lapar tu! Abang nak tahu apa perancangan mereka selepas ni. Apakah mereka masih meneruskan kegiatan mereka atau mereka hanya menjadi nelayan biasa macam penduduk kampung yang lain. Mari, ikut abang!” kata Daniel. Hakimi masih terkebil-kebil. Dia tidak tahu menahu tentang rancangan abangnya itu. Uh! Bisiknya.
            “Kita nak ke mana ni bang?” soal Hakimi masih diburu ketakutan. Baruddinkelihatan geram dengan sikap adiknya itu.
            “Hakim, pertama, kita jejaki penculik tu. Kita tanya mereka, di mana mereka tinggal dan kita ikuti apa aktiviti yang mereka buat sekarang. Barulah kita dapat menjejaki mereka selepas ni! Kedua, akan diberitahu selepas ini,” kata Baruddinpula sambil mengenyitkan matanya kepada Hakimi. Hakimi terdiam seketika. Mungkin dia menerima pendapat abangnya itu.
            “Buat apa nak ikuti aktiviti mereka bang? Mereka tu bahaya? Nanti dimasukkannya kita ke dalam karung dan dibunuh, apa yang boleh kita buat?” soal Hakimi yang boleh menduga apa yang akan dilakukan oleh penculik di kampung itu. Baruddingeleng kepala. Adiknya terlalu banyak berprasangka walaupun Baruddinsedar sangkaan adiknya itu betul. Tidak ada yang silap namun Baruddintetap yakin bahawa penculik itu boleh dijadikan kawan biarpun bukan sahabat.
            “Hakim ikut sahaja kata abang. Jangan banyak cakap. Nanti kita sendiri yang rugi. Sudah, ayuh kita bermula. Jangan takut hendak bermula dan mengambil keputusan! Nanti cuaca hujan kah, tengkujuh kah, kita tak dapat buat perancangan kita.” kata Baruddinmemujuk adiknya.
            “Hakim takutlah bang!” kata Hakimi masih berdegil dengan keputusan Daniel.
            “Hakim ni degillah! Mari, kita jalan! Jangan buang masa! Kalau Hakim tak nak ikut, Hakim balik ke rumah! Buat ulangkaji pelajaran atau tolong emak! Itu lebih baik!” kata Baruddinkepada Hakimi. Hakimi termangu seketika.
Hakimi yang berjalan dengan longlai itu akhirnya mengikuti cadangan abangnya. Dia sudah tidak ada pilihan. Hendak pulang ke rumah, dia takut dia akan disoal siasat oleh emaknya, Puan Lobinah. Dia terbayang wajah emaknya yang kurang bercakap tetapi kalau dia ingin tahu sesuatu, dia mesti mendapatkan bahan sehingga dia bertemu dengan bukti. Hakimi sedar emaknya itu agak bijak menyoal anak-anaknya walaupun emaknya tidak bersekolah tinggi. Mahu tidak mahu dia harus menuruti kata-kata abangnya Daniel.
“Ya lah! Ya lah! Malas saya dengan abang ni! Terlalu banyak perancangan! Saya takut perancangan abang tu tidak menjadi! Takut kita berdua tertangkap pula!” kata Hakimi. Langkahnya perlahan menuruti abangnya.
”Ha! Ha!” Baruddinketawa.
Baruddinsudah mempunyai perancangan tersendiri. Hakimi menggelengkan kepalanya. Sebenarnya dia masih ingat akan pesan ayahnya.
            “Abang! Abang! Abang nak ke mana tu? Saya  nak ikut! Saya  nak ikut!” kata adiknya Maisharah yang sudah bersedia memakai selipar Jepunnya.
            “Jangan Mai! Jangan ikut! Abang nak jumpa kawan sekejap. Mai jaga adik kita ya! Kalau mak balik, bagi tahu dia yang kami ke rumah kawan,” kata Baruddinberpesan kepada adiknya Maisharah. Maisharah memasamkan mukanya. Dia selalu tidak dibawa ke mana-mana oleh kedua-dua abangnya itu.
            “Nanti Mai bagi tahu yang abang pergi jumpa penculik! Baru abang tahu!” kata Maisharah mengugut. Bulat mata Baruddinmemandang wajah hitam manis Maisharah.
            “Mana ada! Abang nak jumpa Jamal di belakang pelabuhan, adik diam-diam di sini ya. Kunci pintu! Kalau orang lain yang ketuk jangan bagi masuk ya. Jangan cakap yang bukan-bukan kepada emak ya. Nanti abang belikan adik sesuatu!” kata Baruddinberpesan kepada adiknya, Maisharah.
            “Abang mana ada duit! Jangan nak bohonglah bang!” kata Maisharah lagi. Baruddinterkejut dengan kata-kata adiknya itu. Sedarlah dia betapa adiknya sudah tahu menilai antara yang baik dan yang buruk.

Baruddinmemberikan senyuman paling manis buat adik perempuannya itu.  Hakimi hanya tersengih dengan ugutan adiknya itu. Maisharah masuk ke dalam rumah. Dia menutup pintu rumah mereka. 

No comments:

Post a Comment