Monday, June 16, 2014

Novel Kanak-Kanak: Orah 6

Bab 6


“Kuda laut! Kuda laut! Kau di mana?” saya memanggil kuda laut yang saya tahu sedang menunggu saya sejak tadi.
         “Hai, si comel! Mari ikut saya!” kata kuda laut yang sudah bertenggek di tepi tingkap bilik saya. Ia membuat aksi yang melucukan. Saya ktawa melihat kuda laut yang agak comel itu. Namun tubuh kuda laut itu lebih besar daripadaa tubuh saya yang agak montel ini.
         “Okay, sekarang kau pegang leher saya kuat-kuat ya. Kaki kau letakkan di atas pelana yang saya sediakan tu ya.” Pesan kuda laut putih itu. Agak bergegar juga hati saya apabila tubuh saya sudah berada di atas belakang kuda putih itu. Namun, kalau saya mengingati suara-suara garau Nenek Jarah itu, saya lebih rela duduk di belakang kuda laut ini dan terbang tinggi ke mana-mana sahaja. Saya tidak mahu peduli lagi apa-apa masalah selepas ini. Saya hanya mahu terbang ke mana-mana bersama kuda laut putih ini.
         “Kau takut tak Orah?” soal Kuda laut putih itu.
         “Berdebar-debar jantung saya. Tapi saya lebih takut suara nenek, malah menimbulkan kebencian kadang-kadang. Kau bawalah saya ke mana sahaja kuda laut. Saya tak kisah!” kata saya memberikan kunci kebebasan kepada kuda laut itu. Kuda laut itu terus menanjakkan lagi terbangannya. Lebih tinggi dan lebih laju.
         “Jangan takut, saya tak makan orang! Saya takkan tipu kau, saya akan bawa kau ke dunia impian kau! Jangan takut ya! Pegang kuat-kuat lehe r saya!” kata kuda laut berpesan semula. Saya mengangguk. Saya berjanji akan terbang ke mana-mana sahaja bersama kuda laut putih itu. Saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Kalau saya menoleh ke belakang sekali lagi saya akan ternampak kelibat wajah Nenek Jarah yang baru sahaja mencengkam dagu saya. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yangtahu. Nasib baik ada Pak cik Medar datang ke rumahnya tadi. Syukur Alhamdulillah.

         Saya terus memanjat tingkat dan naik di belakang kuda laut itu. Kami terbang dan terbang. Mulanya kami terbang tidak tinggi dan semakin tinggi dan tinggi. 

No comments:

Post a Comment