Monday, June 2, 2014

Novel Kanak-Kanak: Orah Mahu Terbang Ke Angkasa

Bab 4

“Orah! Oh Orah!” suara nenek Jarah lantang saya dengar dari luar bilik. Saya yang sedang bersedia hendak terbang bersama kuda laut putih itu terkejut. Sangat terkejut. Langkahan saya terhenti.
         “Alamak, macam mana ni? Apa saya nak jawab kalau nenek nak bersoal jawab dengan saya? Nenek ni memang menakutkan,” kata saya. Saya seolah-olah sedang bercakap dengan kuda laut itu. kuda laut putih itu hanya mengerdipkan matanya. Mungkin meminta saya melayani nenek Jarah yang suka membebel fasal Izzah Munira ini.
         “Sabar sajalah. Kau sudah lambat satu minit! Kau sungguh suka berkhayal Orah! Saya suka!” sakat kuda laut putih. Kurang asam punya kuda laut putih! Saya geram dengan jawapannya. Jawapannya itu tidak memberikan penyelesaian tetapi mendatangkan masalah kepada saya. Pintu bilik saya juga tidak berkunci. Apa saya nak buat ni? Soal saya sendiri.
         “Sudah lama kau berjanji rupanya kau bohongi nenek ya!” kata nenek Jarah bercekak pinggang. Suaranya yang lemah lembut tadi sudah bertukar menjadi suara garau, yang menyakitkan telinga saya.
         “Err, nenek…”
         “Kau nak ke mana dengan baju gaun putih ni? Kau nak pegi ke pesta? Jangan harap kau dapat berpesta kalau aku tak benarkan kau ke mana-mana! Kau ni bukan main lagi kuat berangan! Di bilik kau kecil tu pun kau nak berangan ya?” kata nenek Jarah.
Suaranya kedengaran kejam dan hatinya keji. Orah sungguh geram sekali lagi. Perlahan saya terpaksa membuka pakaian paling saya gemari. Lalu, saya menggantikan dengan pakaian lama yang saya pakai tadi. Wajah saya yang ceria tadi sudah bertukar menjadi masam. Bibir saya ketap kuat-kuat. Wajah nenek Jarah yang masam itu masih membayangi saya.
         “Cepat kau keluar dari bilik tu kalau kau tidak mahu rotan kena di badan kau tu!” bentak nenek Jarah lagi. Aduh, baru sahaja saya hendak bersedia menuju ke tempat impian saya, nenek Jarah sudah membuat onar. Inilah yang saya geram.
         Apabila saya berpaling ke pintu, nenek Jarah sudah menolak pintu bilik dan tangannya bercekak di pintu. Mukanya kembali garang macam singa hendak menerkam mangsanya eh bukan macam singa hendak beranak. His, jangan lah nenek Jarah menerkam saya, bisik saya dalam debar.
         “Ya nek, saya keluar sekarang. Kebetulan perut saya baru lapar,” sahutku lalu perlahan-lahan bergerak menuju ke pintu. Tetapi di tepi pintu itu nenek Jarah masih berdiri tegak di situ bagaikan polis yang sedang berkawad kaki. Tegaknya mengalahkan barisan polis itu.
         “Eh Orah, tadi kau bercakap dengan siapa ha?” soal nenek Jarah sambil mencempung dagu saya dengan tangannya. Sakitnya dagu saya tidak boleh saya gambarkan dengan kata-kata. Nenek Jarah memang ganas kalau melibatkan kesalahan saya.
         “Takkkk aaadalah nek! Mana adaaa! Saya sendiri sajalah nek. Tak ada sesiapalah nek!” kata saya bagaikan tersekat-sekat. Mata buntang Nenek Jarah memang menakutkan saya. Saya memang tidak tahan melihat wajah garang nenek yang hendak menelan tubuh saya yang kecil ini.
         “Nenek tahu kau bohong! Mata kau liar macam mata kucing!” kata nenek Jarah. Ketawa saya hampir sahaja terburai apabila nenek Jarah membuat peribahasa yang saya tidak suka. Tetapi saya cepat-cepat menutup mata. Saya berharap nenek Jarah akan melepaskan dagu saya yang menjadi korbannya. Sakitnya usah dikatakan dengan kata-kata.
         “Tak ada sesiapa nek! Assila pun saya tak tahu pegi mana! Oh ya, saya berlatih berlakon nekk! Cikgu saya ambil saya berlakon! Kebetulan minggu depan hari guru. Kami menyambutnya di peringkat sekolah. Jadi saya diambil berlakon! Sayapun berlatihlah nek,” kata saya. Nenek Jarah masih menunjukkan mukanya yang masam.
Saya teringat kalau minggu depan adalah hari guru. Azam saya akan membuat persembahan. Nanti saya akan memikirkan apakah persembahan yang akan saya ikuti. Namun, percuma, nenek Jarah bukan nenek tua yang boleh sahaja dibohongi.
         “Kau jangan nak bohong aku ya! Aku tahu kalau kau bohong atau tidak! Kalau kau bohong lagi lain kali, habis kau aku kerjakan! Aku tonyoh-tonyoh muka kau nanti,” kata nenek Jarah dengan penuh geram.
Ugutan nenek Jarah tetap menakutkan saya. Saya tetap sahaja mengetap bibirku. Dalam hati aku berdoa agar nenek Jarah tidak akan melihat kuda laut putih yang hinggap di tingkap kayu. Kebetulan tingkap kayu itu separuh tertutup. Atau, jangan pula nenek ke sekolah. Kalau nenek Jarah ke sekolah dan bertanyakan tentang lakonan saya, memang saya akan dikerjakan. Uh, susahnya jadi Orah!

         “Ya nek, saya tak bohong,” kata saya kurang gagap. Keyakinan sudah tumbuh di hati. Baju gaun saya tanggalkan. Itulah hadiah paling ikhlas dan paling berharga dari ayah setelah ayah menamatkan sejarahnya bersama kami. Saya mencium baju gaun tersebut sebelum memulakan tindakan yang baru.

Happy Reading!

No comments:

Post a Comment