Friday, June 6, 2014

Novel Kanak-Kanak:Dunia Daniel Badri 1

Bab 1


Bandar Sierra terlalu sibuk pada hari ini. Ramai orang turun ke bandar pada pagi itu untuk memenuhi keperluan harian masing-masing. Suasana begitu sibuk sekali. Di sebuah gerai makanan yang menjual ikan asin dan sayur-sayuran, kelihatan Badrimengikut emaknya, Puan Lobinah menjual ikan asin di tamu besar yang diadakan setiap hujung tahun di bandar Sierra itu. Badri berasa sangat gembira dan seronok kerana emaknya memilih dia untuk membantunya di tamu yang diadakan seminggu sekali itu. Badri memang kerap mengikuti emaknya ke sana.  
Pelbagai jenis ikan asin yang dijual oleh emaknya. Ikan kerapu, ikan merah, ikan bilis, ikan putih, ikan termenung, ikan putih dan pelbagai lagi. Selepas membantu menyediakan barang-barang keperluan yang perlu disusun untuk dijual, Badri membiarkan emaknya menjual ikan-ikan asin itu. Sayur-sayuran disusun di satu sudut yang lain seperti kebiasaannya. Badri akan berjalan-jalan di sekitar bandar Sierra itu setelah membantu emaknya di pasar. Dia juga suka melihat-lihat dan mengelilingi bandar Sierra yang dikatakan agak maju di pinggir Lautan Zuluman ini.
Bandar Sierra adalah bandar yang terkenal di sini dan kawasannya agak strategik kerana terletak di pinggir Luatan Zuluman. Entah apa yang menyebabkan bandar perikanan ini maju, dia sendiri pun tidak tahu. Apa yang Badri tahu, bandar Sierra ini sering dikunjungi oleh pelbagai manusia pada setiap kali tamu besar setiap hujung tahun. Gerai yang dibangunkan penuh dengan penjual dan pembeli dari hujung pantai sehingga ke hujung lagi.
            “Bad, kau nak ke mana tu?” teriak emaknya. Senyuman Badribersatu dengan renungan tajam mata emak. Seketika Badriberpaling dengan senyuman dan melambaikan tangannya ke arah emaknya.
Di celah-celah orang ramai itu, Badri sudah menyelinap bergerak ke tempat lain. Badrimenoleh kepada emaknya. ‘Daniel, marilah kita menyusup di antara lorong-lorong kecil di bangunan-bangunan besar tu! Kau tunggu apa lagi? Tak ada apa-apa di sini, hanya orang menjual barang-barang pinggir laut!’ kata suara hati Daniel.
            “Kenapa mak? Mak nak minta saya tolong menjual ikan-ikan asin ni?  Boleh...boleh,” kata Badripula. Puan Robiah hanya tersenyum mendengar kata-kata Baruddin.
Ikan-ikan asin yang pelbagai jenis itu dipandang. Dari ikan yang kecil-kecil sehingga ikan-ikan yang besar. Emaknya menggeleng. Maksudnya, emaknya tidak perlukan tenaganya untuk menolongnya. Badrilega dengan penafian emaknya itu. Badrimahu merayau-rayau di bandar Sierra yang agak terkenal di pinggir Lautan Zuluman ini.
Malah, Badri berasa sungguh bertuah kerana bukan mudah emaknya yang bertubuh agak montel itu bersetuju hendak membawanya ke pasar jualannya pada pagi ini. Itulah yang menyebabkan Badriberasa ingin meluangkan waktunya ini untuk menjelajah di seluruh kawasan pusat bandar ini.
Badri belum berasa puas berjalan-jalan di sekitar bandar ini. Keindahan bandar ini memang sungguh mengasyikkan. Selama ini dunianya hanya sekolah dan rumah. Sekolah dan rumah. Pulang sekolah dia hendaklah menjaga adik-adik atau dia akan memungut ikan-ikan asin yang sudah dikeringkan. Itu sahaja dunia kecil seorang Baruddin.
            “Taklah. Jangan jalan jauh-jauh. Nanti kau diculik lagi! Di bandar Sierra ni semua orang tahu ada balanya. Lagipun, kau tak biasa di sini,” Pesan Puan Lobinah dengan penuh kebimbangan. Badrimengecilkan matanya melihat emaknya itu.
            ”Apa berdosa kalau saya jalan-jalan dekat-dekat dengan mak ni? Bukannya jauhpun! Dekat aje ni!”
Badrisengaja memancing perhatian emaknya agar membenarkan dia berjalan-jalan di sekitar yang ada di sekeliling gerai jualan emak ini. Badrimelihat emaknya menggeleng. Tahulah Baruddinbetapa emaknya merestui perjalanan singkatnya kali ini.
            ”Bukan dosa tapi kau belum biasa selok-belok kawasan di bandar ni. Jangan nanti menyesal sesuatu yang tak baik berlaku! Kawasan di sini bahaya! Kau tak tahu lagi nak!” Kata emak seolah-olah mengugut anak lelaki sulungnya itu. Baruddinfaham emaknya sangat bimbangkan dirinya. Namun, dia memang sudah begitu nekad dengan tindakan yang bakal dilakukannya kali ini. Oh, sebentar saja! Hanya sebentar! Aku akan berjalan-jalan di sekitar gerai ini sahaja! Bisik hati Baruddinmengetuk pintu hati. Baruddinterangguk sendiri.
            ”Baiklah mak. Saya akan balik cepat nanti. Saya nak berjalan-jalan di  bandar ni saja! Sudah lama saya tidak ke sini. Emak masih menjadikan saya budak kecil macam dulu! Badrisudah besarlah mak! Saya jalan dulu ya mak!” Kata Badrilantas bergerak perlahan setelah mencium tangan emaknya. Dia bersiul-siul perlahan.
            ”Jangan perasan kau sudah besar kau akan selamat di sini! Hati-hati lah nak! Malas emak nak larang gaya kau yang degil tu!” Kata emaknya lagi. Badrimengangguk tanda setuju dengan ucapan emaknya. Badrimemang agak degil berbanding dengan adiknya Hakimi yang begitu mengikut kata.
            Memikirkan Hakimi, kadang-kadang Badriberasa geram dengan sikap emak dan Hakimi. Adiknya itu sahajalah yang menerima pujian. Dia benci. Dirinya jarang sekali disebut. Orang yang selalu disebut adalah Hakimi juga. Kata emak lagi, Hakimi anak yang soleh. Uh! Takkan dirinya bukan anak yang soleh! Badritidak percaya kalau dirinya bukan anak yang soleh! Hanya emaknya yang suka merendah-rendahkan anak yang seorang ini. Itulah yang menyebabkan timbulnya perasaan benci dan sedikit dendam di hati Mimi. Oh!  
Penduduk di Bandar Sierra ini sedang berhati-hati kerana gejala yang hinggap di bandar ini pada tahun ini, iaitu kes penculikan kanak-kanak. Badrisungguh berhati-hati dalam perjalanannya. Mata liar memandang kiri dan kanan. Tidak ramai kanak-kanak di pasar besar-besaran itu. Hanya Badri dan beberapa orang kanak-kanak sahaja yang berani mengikuti ibu bapa mereka di situ. Walaupun sekarang cuti sekolah, namun, ibu bapa yang lain tidak berani membawa anak mereka turun ke bandar Sierra. Bandar Sierra sekarang lebih berbahaya dari dulu!
”Alangkah ruginya mereka! Sangat rugi dan tidak dapat meneliti anugerah Tuhan! Pemandangan di sini sangat indah!” kata Badridengan suara yang perlahan.
Emak sudah tidak mempedulikannya apabila gerainya dikunjungi oleh ramai pembeli yang hendak membeli ikan asin. Badritergerak hati menuju ke bahagian bangunan tinggi yang berhadapan dengan tamu besar sedang diadakan itu.
            “Terima kasih mak, saya jalan dulu. Setengah jam nanti saya balik ke sini,” kata Baruddindalam hati.
            “Jalan baik-baik nak!” Pesan Puan Lobinah. Badriterus berjalan selepas mendapat pelepasan dari emaknya.
            Badriterus berjalan dan matanya melilau melihat-lihat bangunan tinggi yang berbaris di sekelilingnya. Dia pergi berjalan di tepi-tepi bangunan yang besar-besar dan tinggi-tinggi. Ada lima baris bangunan agak tinggi di sepanjang yang dapat dikiranya. Bangunan yang hebat-hebat belaka. Namun dinding itu agak ketara kekotorannya walaupun kebersihan agak terkawal di Bandar Sierra ini. Di dinding-dinding bangunan itu terdapat kertas-kertas bertampalan. Pelbagai warna. Ada warna kuning, merah, coklat, biru,putih dan hijau.  Dinding-dinding itu menjadi kotor dengan kehadiran kertas-kertas itu. Baruddinmembacanya satu persatu.
Kemudian, Badri terpandang sebuah kertas iklan yang agak besar dan bertampal dengan banyaknya dari hujung bangunan itu hingga ke bangunan yang lain. Di kiri kanan pun ada. Di atas dan di bawah juga ada. ‘Iklan apa tu? Takkan iklan cari kerja? Kalau cari kerja, bagus juga. Dia pun mahu bekerja pada musim cuti ni,’ Soal Badri dalam hati. Keinginannya hendak mengetahui hal itu meluap-luap.

         Perhatian Kepada Semua Ibu Bapa dan Penjaga Kanak-Kanak di seluruh bandar Sierra. Pesanan ini daripada Lembaga Berkuasa Bandar Sierra.  

“AWAS! AWAS! BERHATI-HATI! PARA PENCULIK KANAK-KANAK SEDANG MEMPERBESARKAN OPERASI MENCULIK KANAK-KANAK DAN REMAJA YANG BERUMUR ANTARA 5 TAHUN HINGGA 15 TAHUN!!! BERHATI-HATILAH! JANGAN SAMPAI ANAK ANDA ATAU ANDA SENDIRI MENJADI MANGSA PENCULIKAN DI BANDAR SIERRA INI!!! BERHATI-HATI!!! DAN, SESIAPA YANG MEMPUNYAI MAKLUMAT MENGENAI PENCULIK, TOLONG HUBUNGI TALIAN HOT LINE POLIS: 1110 - 123- 88- 232322 ATAU HUBUNGI KETUA KAMPUNG DI KAMPUNG MASING-MASING. INGATLAH KESELAMATAN DI TANGAN ANDA! JANGAN BIARKAN PENCULIK TERUS BERLELUASA DI BANDAR SIERRA INI!!! SEKIAN TERIMA KASIH. HARAP MAKLUM.

       Badri leka dengan iklan yang tersiar di mana-mana dinding bangunan yang bernama Wisma Maju Sierra itu. Badrimengambil nombor telefon yang tertera di atas kertas tersebut. Kertas-kertas itu juga sudah diconteng oleh orang-orang yang tidak mempunyai rasa tanggungjawab mereka.
‘Badri berusia 14 tahun, jadi maknanya masih menjadi buruan pihak penculik! Tapi, buat apa penculik tu nak menculik budak-budak macam aku ni? Bukannya dapat habuan bagus pun! Budak-budak sini kan miskin-miskin belaka! Tak berotak betul penculik tu! Kalau nak culik pun, culiklah anak orang kaya!’ bisik Baruddindalam hati. Namun, hatinya tetap bimbang dengan apa yang disiarkan itu.
Dia menoleh ke belakang, ke kiri, ke kanan, ke depan dan ke mana-mana, iklan di atas kertas berwarna merah itu terpampang dengan jelasnya. Meremang bulu romanya. Kejadian diculik tiga bulan yang lalu masih hangat di tampuk kenangannya. Tidak mungkin dapat dilupakannya.
Pihak polis juga berada di mana-mana. Badri berasa lega juga dengan kedatangan pihak pengawal keselamatan itu.
Dia teringat Pak cik Salleh dan Pak cik Zakaria. Lelaki licik yang pernah membawanya memancing ke sebuah pulau. Menurut lelaki itu, dia bukan hendak dibawa memancing tetapi hendak dijual kepada orang tengah yang menunggu di pangkalan kampung lain. Silapnya juga kerana terlalu mempercayai orang yang baru dikenalinya. Silapnya juga kerana tidak mendengar nasihat emak dan ayahnya.
            Dia membaca lagi keratan akhbar yang ditampal di atas kertas manila yang agak besar itu. Berita itu memberitahu bahawa kes penculikan di bandar Sierra meningkat sehingga 70 peratus dalam tempoh tiga bulan. Lebih seribu orang kanak-kanak sudah menjadi mangsa penculikan di sekitar pesisir Lautan Zuluman ini. Ah, jijik Baruddinmembacanya. Jijik! Dia malah berfikir bagaimana hendak menghentikan segala-gala kelantangan dalam penculikan kanak-kanak di Bandar Sierra ini. Sungguh, ngeri dirasakan!
Itulah antara berita penting yang amat mengerikan di bandar Sierra ini. Bulat mata Badri memerhatikan laporan berita yang agak terperinci itu. Selama hidupnya ini, tidak pernah dia mengetahui ada kes-kes penculikan di bandar Sierra yang aman harmoni. Penduduknya sentiasa bekerjasama untuk hidup lebih harmoni. Namun, dia tidak mengambil waktu yang lama untuk berdiri dan membaca semua berita itu. Dia harus cepat-cepat berlalu dari situ. Mungkin dia sedang diperhatikan!
            Badri kembali ke kawasan tamu besar yang tidak jauh dari bangunan Wisma Makmur Sierra itu. Kira-kira 50 meter sahaja dari tempatnya berdiri. Walaupun emaknya tidak kelihatan tetapi dia tahu emaknya masih ada di sana. Dia melajukan langkahnya. Dia takut kalau-kalau dia menjadi bahan perhatian orang lain. Baruddintidak jadi meneruskan niatnya menuju ke kedai permainan. Dia teringatkan emaknya, Puan Lobinah yang sedang sibuk menjual barangannya. Perlahan, Badli bergerak menuju ke gerai emaknya.
            “Mak, macam mana jualan mak? Banyak ikan yang habis?” soal Badri tiba-tiba. Badri memegang bahu emaknya. Bulat mata emak.
            “His, kau rupanya Badri! Terkejut mak!” kata emaknya Puan Lobinah. Pucat muka Puan Lobinah kerana sikap anaknya sendiri. Masih ramai pembeli yang tawar menawar dengan emaknya.
            “Ini Badri lah!” kata Badri pula sambil tersenyum.
            “Kenapa kau pucat macam dikejar hantu ni Badri? Apa yang dah berlaku?” soal emaknya berbisik-bisik. Mata tajam emak tidak lepas dari memerhatikannya. Badrimenundukkan matanya melihat ke arah ikan-ikan asin yang tinggal sedikit itu. Pertanyaan emaknya belum lagi berjawab. Badri masih sibuk memikirkan amaran yang baru dibacanya.
Masih ada pembeli yang memilih ikan-ikan asin di situ. Walaupun hari semakin panas, namun orang ramai masih membanjiri acara tamu besar yang diadakan setiap hujung tahun itu. Lagipun, kini cuti sekolah. Pasti ibu bapa membawa anak-anak mereka ke tamu besar yang diadakan sekali sekala ini. Fikir Badri.
“Hai Kak Binah, siapa ni kak?” soal salah seorang pembeli yang singgah di gerai emaknya. Puan Lobinah tersenyum.
“Oh, anak ni? Ni, anak lelaki sulung kak, Badri.” jawab Puan Lobinah yang membahasakan dirinya kakak kepada pembeli setianya.
“Oh, anak kak Roby. Tak pernah nampak sebelum ni kan. Patutlah mukanya ada iras-iras macam emaknya.” kata pembeli itu lagi.
Pembeli itu berbalas senyuman dengan Daniel. Kemudian dia terus memilih-milih ikan-ikan asin yang berada di atas meja di gerai Puan Lobinah itu. Sebenarnya Baruddintidak berminat dengan pertanyaan yang berkisar tentang dirinya. Ada yang lebih besar yang sedang bermain dalam fikirnya kini. Dia harus mencari bukti satu persatu sebelum cuti sekolah berakhir.
            “Nantilah saya cerita mak. Saya nak tolong emak menjual di sini! Orang masih ramai nak beli ikan asin dan sayur-sayuran  ni!” kata Baruddinmenyembunyikan resahnya. Puan Lobinah tidak berkata-kata apa-apa. Puan Lobinah terus melayani pelanggannya yang agak ramai pagi itu.
Baruddinmeneruskan aktivitinya sendirian. Baruddinmemang takutkan sesuatu. Dia menanti peluang para pembeli yang semakin berkurangan di gerainya. Dia akan menanyakan kepada anaknya itu apa yang telah berlaku.
“Sekarang cerita kat mak, apa yang berlaku sebenarnya?” soal Puan Lobinah tanpa senyuman. Baruddintidak mahu menjawab soalan yang diasakkan oleh emaknya itu. Ada sesuatu yang sedang berkisar dalam mindanya. Segalanya harus dilunaskan namun dia hanya memandang wajah emaknya dengan selamba.  
            “Panjang ceritanya mak. Tapi saya tak boleh nak cerita sekarang! Masih ramai pelanggan mak tu!” kata Baruddinbuat acuh tak acuh. Air minuman dalam botol dicapai perlahan. Dia duduk di sebuah kerusi. Masih ada beberapa orang yang berada berdekatan dengan gerai emaknya.
“Jangan lengah-lengah. Cepat kau  ceritakan kat mak! Mak tak sabar nak tahu ni. Kalau mak tak tahu nanti kerja mak tak pernah siap!” kata Puan Lobinah lagi. Dia geram dengan sikap anak sulungnya itu. Agak degil dan tidak mendengar cakapnya. Malah, Baruddinjuga anaknya yang berani. Mahu tidak mahu, Baruddinterpaksa membuka mulutnya menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Dia tidak ada pilihan lagi pada waktu itu.
            “Mak, ada iklan di sana, bangunan berwarna biru bergaris kuning tua tu! Mak nampaknya banyak kertas yang dilekatkan di sana. Kertas merah tu nampak?” kata Baruddinsambil berbisik-bisik kepada emaknya.
Puan Lobinah mengangguk sambil terjenguk-jenguk ke arah gambar yang ditunjukkan oleh Daniel. Wajah Baruddinkelat dengan iklan tersebut. Ia seolah-olah seperti sebuah amaran kepada dirinya dan keluarganya. Baruddinsedikit takut dengan amaran itu. Mukanya sudah pucat sejak tadi.
            “Tapi, iklan apa sebenarnya? Iklan cari kerja? Kalau iklan yang bagus, mak pun nak cuba juga cari kerja di bandar ni! Lagipun tak jauh dari rumah kita, hanya lima belas minit perjalanan menaiki bas sapu!” kata emaknya. Baruddinmenggelengkan kepala. Dia kesal kerana emaknya masih tidak memahami apa yang terkandung dalam iklan-iklan yang bertampalan di bandar itu.  
            “Bukanlah mak! Tapi, iklan yang meminta para ibu bapa berhati-hati. Banyak kes penculikan berlaku di kawasan bandar Sierra ni! Bukan hanya di kampung kita!” terang Baruddinsatu persatu. Berubah wajah ceria Puan Lobinah. Anaknya pernah menjadi mangsa penculikan.
            “Huh! Kalau macam tu, mari kita balik nak! Jangan tunggu jualan mak ni habis! Mak tak rugi kalau tak habis tapi emak bimbang adik-adik kau di rumah tu! Takut-takut adik-adik kau di rumah tu diculik pula! Cepat kemaskan semua ikan asin ni! Biarlah tak habis! Mak boleh jual di kampung saja! Orang kampung pun suka akan ikan-ikan mak ni!” kata Puan Lobinah mengarahkan anaknya membantu mengemaskan semua jualannya. Wang hasil jualannya disematkan di dalam beg yang terikat kemas di pinggangnya.
            “Ya mak! Kita balik cepat. Hari pun sudah panas! Takut bas sapu pun penuh! Kasihan pula Hakimi, Maisharah dan adik-adik  yang lain.” kata Baruddinseparuh cemas. Namun,  perancangan awalnya hanya dia sendiri yang tahu. Tangan Baruddinmula sibuk mengemas membantu emaknya dan mereka akan bergerak pulang tidak lama lagi. Iklan itu benar-benar membuka lembaran perancangan dalam diri seorang kanak-kanak bernama BaruddinAsyraf!
            Tidak lama kemudian, mereka sampai di rumah mereka. Walaupun bas sapu itu sesak tetapi akhirnya mereka sudah tiba di depan mereka.
            “Maisharah! Hakimi! Di mana kamu nak?” emak terus sahaja memanggil anak-anaknya sebaik sahaja mereka turun dari bas sapu itu. Suara Puan Lobinah cemas mengingati iklan yang diceritakan oleh Daniel. Baruddinmengangkat kotak-kotak jualan emak dengan segera.
            “Ya mak! Ada apa mak? Suara mak macam orang ketakutan!” balas Hakimi dari pintu rumah. Adik Baruddiniaitu Hakimi yang diharapkan menjaga adik-adiknya yang masih kecil. Baruddinhanya mengangkat bahunya ketika pandangannya bersatu dengan adiknya.
            “Mak bimbang. Adik kau mana?” soal emak. Mata Puan Lobinah membuntang. Baruddinpula sibuk mengangkut barang-barang naik ke rumah.
            “Ada mak. Kenapa mak? Apa yang terjadi di bandar tadi?” Hakimi turut membesarkan matanya. Puan Lobinah menggeleng.
            “Tak ada apa-apa nak. Emak cuma bimbang sahaja. Mak harap kamu semua tidak bermain jauh dari kawasan rumah kita!” kata Puan Lobinah memberikan nasihat terutamanya kepada Baruddindan Hakimi. Puan Lobinah bersyukur ketiga-tiga anaknya selamat di dalam rumah itu. Puan Lobinah memandang Baruddindengan pandangan yang sungguh bermakna.
            Selepas mengemas barang-barang dari tamu tadi, Baruddinterus masuk ke biliknya. Penat di badannya masih terasa. Dalam hatinya, dia hendak berehat seketika. Namun, amaran di bandar Sierra tadi, menyebabkan dia nekad hendak melakukan sesuatu. Dia tidak harus berdiam diri. Sesuatu harus dilakukan selepas ini. Lalu, dia mengambil buku latihannya yang tidak habis digunakan. Dia melakar sesuatu. Dia melakar peta bandar Sierra. Dia melakar kawasan yang akan terlibat dengan operasinya. Pastilah kawasan yang terlibat adalah kawasan kampungnya sendiri. Kampung Sinakat, kampung Paluan, Kampung Jongkat dan Kampung Keding.
Kemudian, dia melakar pula pulau-pulau di sekitar Lautan Zuluman yang terlibat. Pastilah Pulau Tampeh-Tampeh, Pulau Saripadan, Pulau Malmanuk, Pulau Omaria dan Pulau Abun-Abun. Baruddinmelakar tindakan yang harus dilakukannya. Rancangannya juga tertulis dengan rapi di atas buku latihannya itu. Sesuatu harus dilakukan. Kalau bukan bertindak sekarang, bila lagi? Masa sudah amat suntuk. Amarahnya memeluwap di dalam hatinya sendiri. Para penculik itu harus ditawan. Tahulah Baruddinbahawa para penculik masih meneruskan kegiatan mereka dan  sudah bermaharajalela di bandar Sierra ini.
Baruddinbagaikan penyiasat yang bakal menjalankan tugasnya sepanjang cuti sekolah yang sedang berlangsung beberapa minggu ini. Baruddintidak mahu dikalahkan oleh para penculik itu lagi. Sebenarnya, penculik itulah yang harus dikalahkan!
            Apa kata kalau dia membawa penculik itu merentasi dasar Lautan Zuluman, kesukaannya? Apakah mereka dapat menangkapnya? Lelaki kurus dan lelaki gemuk itu dapatkah menangkapnya? Ya, Zakaria dan Salleh! Mereka harus ditumpaskan! Bisiknya memasang angan dan merancang sesuatu. Dia sudah terbayang merenangi dasar lautan yang tenang dan mengasyikan itu.
            “Hai bang, apa yang abang tulis di buku tu? Macam rancak nampaknya abang menulis! Kalau buat nota di sekolah taklah serancak itu abang membuatnya!” seronok Hakimi mengusik Daniel. Baruddinhanya menjeling adiknya. Dia tidak mahu diganggu. Tetapi, kerana dia berkongsi bilik dengan adiknya itu, dia terpaksa memberikan ruang untuk adiknya itu untuk duduk.
            ”His, kau ni kacau lah Hakim! Kalau tak kacau abang sehari boleh tak? Pergilah kau buat kerja sendiri! Abang sibuk ni!” kata Baruddinmengeluh. Dia tidak mahu diganggu. Hakimi ketawa mengekeh dengan tindakan abangnya itu.
            “His, tak mahu diganggu konon! Bagus kalau abang tu belajar! Ini tidak kerjanya buat surat cinta!” kata Hakimi menyakat lagi. Membuntang mata Baruddindengan kenyataan adiknya itu. Geramnya menyala.
            “Kau jangan nak main tuduh-tuduh sembarang ya! Adik sibuk ni jangan kacau! Ada kerja sikit! Kau boleh tolong diam tak? Atau abang sumbat mulut adik dengan  bantal ni!” balas Daniel, suaranya tegang. Hakimi masih ketawa. Dia berasa lucu dengan sikap abangnya itu.
            “Oklah bang! Kali ini saya tak nak ganggu abang. Maaflah ya. Takut pula kena sumbat mulut dengan bantal. Lebih baik saya baca buku di luar, ada hasil lagi daripada termenung tak tentu pasal!” kata Hakimi. Marak mata Baruddinmelihat ke anak mata Hakimi. Tuduhan Hakimi menyebabkan dia semakin sakit hati.
            “Kau apa tahu? Kau budak-budak lagi! Baguslah kalau kau nak baca buku tu! Abang syukur kalau adik abang ni rajin baca buku!” kata Baruddinmenyakat adiknya pula. Hakimi pula yang menjadi geram dengan kata-kata abangnya. Sebelum keluar, Hakimi sempat menjelirkan lidahnya kepada abangnya. Baruddinketawa mengekeh sebelum adiknya menutup pintu biliknya.

            ”Baru padan dengan muka adik!” kata Baruddinlalu meneruskan kerjanya. Data-data yang ada di kepalanya saat ini harus dilahirkan dalam bentuk perancangan. Baruddinharus sedar tanggungjawabnya di pinggir Lautan Zuluman ini semakin besar dan mencabar!

No comments:

Post a Comment