Monday, June 23, 2014

Novel Kanak-Kanak: Dunia Daniel Badri 4

Bab 4


Ke Pantai

            Baruddin dan Hakimi semakin menghampiri pantai sebelah kiri itu. Mereka melintasi sebuah titi kecil untuk ke sana mengikut jalan singkat. Kelihatan ramai budak-budak di pinggir Lautan Zuluman itu sedang berlarian dan masing-masing dengan aktiviti sendiri. Tidak kelihatan lelaki dewasa di sana. Baruddindan Hakimi kelihatan hampa seketika apabila mereka sudah menghampiri kawasan itu. Mereka duduk di atas batu besar berdepan dengan pantai yang agak redup  dan memanjang itu. Mereka duduk di satu kawasan yang agak terpencil takut kalau dilihat orang lain. Hasrat mereka hanya satu. Kedua-dua lelaki itu mesti dicari.
            “Hakim, misi kita sudah bermula ni. Kau sudah terlibat! Jadi, kau kena ikut arahan abang betul-betul. Jangan nak main-main dengan abang. Kita jalan-jalan dulu di tepi pantai tu. Mana tau kita mendapat maklumat di sana.” kata Daniel.
            “Bang, saya akan ikut cakap abang selagi boleh diterima akal!” kata Hakimi pula.
            “Baguslah, hari ni misi kita berdua bermula! Misi Baruddindan Hakimi!” kata Baruddinbersepakat dengan adiknya. Hakimi mengangguk setuju.
            “Tapi... tak ada orang tua dua orang tu, jadi apa yang kita nak buat ni? Jangan-jangan mereka tak pergi sini,” soal Hakimi pula. Lagipun hari masih pagi. Mesti mereka masih tidur! Bisik Hakimi pula. Mata abangnya melilau ke mana-mana.
            “Kita duduk-duduklah di sini dulu. Tak rugi kan kalau duduk di sini dalam lima minit atau setengah jam, kita kan jalan-jalan! Tapi kedua-dua lelaki tua yang tak sedar diri tu harus disedarkan! Tak sepatutnya mereka selama-lamanya membuat pekerjaan yang jahat tu!” kata Baruddindengan penuh keyakinan. Hakimi mengangguk, bersetuju dengan cadangan abangnya.
            “Tu Hasnah tu! Apa yang dia buat di sini? Pergi Hakim tegur dia! Mungkin dia ada nampak orang tua dua orang tu!” kata Baruddintanpa disedari. Wajah Hakimi berubah ceria. Mungkin mereka mendapat maklumat pertama hari ini.  
            “Tapi, mana boleh kita melibatkan Hasnah dalam hal ni bang, Hasnah tak tahu apa-apa!” kata Hakimi. Baruddinmenjeling ke arah adiknya. Dia tidak mahu mengaitkan Hasnah dalam rancangan mereka.
Hasnah yang dikenali di dalam kelasnya memang seorang yang penyibuk. Semua hal-hal  di dalam kelas mesti diketahuinya. Hakimi masih tersenyum sinis. Dia suka kalau mempermainkan abangnya itu dengan Hasnah budak gemuk di dalam kelas abangnya itu.
            “Hasnah oh Hasnah! Mari sini, abang Baruddinnak jumpa!” panggil Hakimi. Baruddingeram melihat tingkah laku adiknya. Hasnah menoleh. Hasnah sedang bermain dengan kanak-kanak yang kecil-kecil di tepi pantai itu.
            “Eh, Hakim jangan kau pandai-pandai ya! Nanti saya bagi tahu dengan ayah! Kecil-kecil lagi dah pandai nak pasangkan abang dia! Tak mahu abang kat budak tu!” kata Baruddindengan suara yang perlahan tetapi suaranya agak tegang. Hakimi tersengih lagi melihat wajah abangnya yang kelat menahan geram dengan usikannya.
            “Abang ni! Saya hanya usik je lah! Bukannya betul pun! Tapi kalau betul, bagus juga kan!” kata Hakimi lagi. Baruddinmenggigit bibirnya.
            “Hoi Daniel! Hakimi! Apa kau orang buat di sini? Tak pernah pun kamu datang sini sejak hari tu! Mesti ada hal kan?” Hasnah mula menyakat Baruddindan Hakimi. Hasnah datang menghampiri Hakimi dan Daniel. Baruddinmemacakkan pandangan matanya yang membesar itu kepada Hakimi. Hasnah masih tersengih-sengih memandang ke arah Daniel.
            “Abang saya ni yang rindukan kau Hasnah! Tu yang dia paksa saya datang sini!” kata Hakimi sambil melebarkan senyumannya. Baruddinsemakin geram mendengar kata-kata adiknya.
            “Kau ni Hakim tak dengar arahan langsung! Abang cakap, jangan panggil budak penyibuk tu! Kau panggil juga! Nanti lah di rumah, baru tahu apa yang abang buat! Kalau kau suka sangat, Hakim lah layan Hasnah banyak mulut tu, abang nak jalan-jalan di tepi pantai yang indah ni!” kata Baruddingeram tetapi suaranya perlahan.
Baruddinbergerak perlahan di pesisir pantai yang indah dan memanjang itu. Pasirnya memutih. Beberapa biji kerang yang sudah mati berampaian di sana. Hasnah semakin mendekati mereka.
            “Bang! Jangan lah macam ni! Hakim gurau sajalah! Hasnah kan kawan abang juga. Janganlah macam ni bang!” kata Hakimi menarik tangan abangnya Badrisupaya tidak pergi ke mana-mana. Hasnah berjalan terkedek-kedek menghampiri mereka dengan senyuman manisnya.
            “His apa yang kamu buat ni Daniel, Hakimi? Macam wayang Hindustan pula, main tarik-tarik tangan!” kata Hasnah menegur gaya kedua beradik itu. Hakimi tersengih macam kerang busuk. Baruddinhanya mendiamkan diri. Dia sudah faham tingkah laku Hasnah.
“Jarang sekali kamu datang ke sini kan. Kamu asyik berperam di rumah! Apa mimpi kamu datang ke sini hari ni Daniel?” kata Hasnah. Baruddinmencebikkan bibirnya, tidak senang hati dengan kedatangan rakan sekelasnya itu.
“Mana ada mimpi buruk Hasnah! Kami hanya ketawa tengok kau tak malu main dengan budak-budak tu! Kau buat apa di sana tu? Ingat badan kau tu dah besar tau!” kata Hakimi mempermainkan Hasnah. Hasnah yang bergigi agak jongang itu tersengih.
“Oh, mereka tu adik-adik dan sepupu-sepupu sayalah Hakim. Mereka datang dari pulau Sampeh-Sampeh! Mereka tu macam bercuti jugalah dengan aku di sini! Mereka suka main di sini. Saya  ni nak bawa mereka main saja. Taklah mereka bosan di rumah. Kami buat istana pasir!” kata Hasnah peramah. Dia tidak terasa marah dengan gurauan Hakimi.
“Pandaikah kau buat istana pasir tu Hasnah? Kau lukis pantai pun tak pandai, inikan pula buat istana pasir! Kasihan kau Hasnah!” kata Hakimi lagi. Hasnah mengerutkan dahinya namun masih ada sisa senyuman di wajah kanak-kanaknya.
“Kau ni suka pandang orang dengan sebelah mata tahu tak? Kau tak tahu kah di kampung ni saya ni raja buat istana pasir? Kalau tak percaya mari saya tunjukkan.” Kata Hasnah mengajak Hakimi dan Baruddinmelihat istana pasir yang baru dibinanya. Tangan Hakimi yang agak berisi ditariknya.
“Janganlah buat macam ni Hasnah. Malulah! Saya tak suka!” kata Hakimi menarik tangannya dengan sekuat hati. Hasnah juga menarik tangan Hakimi dengan sekuat hati. Hakimi terpaksa akur dengan kehendak Hasnah.
“Hey, Hasnah, ke mana kau nak bawa adik saya tu? Hey, jangan bawa jauh-jauh ya! Hakim, abang tunggu kat sini ya!” kata Baruddinsambil melambaikan tangannya ke arah Hakimi dan Hasnah. Hakimi berasa geram dengan tindakan abangnya. Hasnah membawa Hakimi ke satu tempat. Kelihatan di sana, berdekatan beberapa meter dari pantai, sebuah istana pasir terbina. Hasnah dan Hakimi berhenti di hadapan istana pasir itu.
“Kau lihat ni! Ini baru satu contoh. Ada beberapa lagi istana pasir saya buat pagi ni! Kau lihat! Ini apa? Bukan istana pasir yang cantik?” soal Hasnah dengan pandangan yang serius. Wajah kelat Hakimi ditenung lagi. Tangan Hakimi sudah dilepaskan.
“Bukan kau yang buat kan?” soalan Hakimi itu menyebabkan mata Hasnah terjegil. Hakimi masih tidak mempercayai istana pasir itu dibina oleh Hasnah.
”Pandailah kau! Ni saya yang buat! Bukan orang lain. Budak-budak tu hanya pandai merosakkan istana saya!” kata Hasnah sambil bercekak pinggang. Hakimi mencebikkan bibirnya.
“Ya lah! Ya lah! Saya percaya lah! Saya pergi dululah ya!” kata Hakimi sambil berjalan menuju ke arah abangnya.
Kelihatan kanak-kanak yang sedang bermain tidak jauh dari mereka ketawa dengan kuat dan ada yang menjerit.
“Kak Hasnah! Kak Hasnah!” jerit seorang kanak-kanak. Hasnah menoleh kea rah budak-budak yang berlari mendekatinya.
“Ada apa Hazirah?” kata Hasnah kehairanan. Hasnah semakin geram.
“Tu budak-budak tu merobohkan istana yang kakak buat tu! Mereka pijak-pijak dengan kaki mereka! Habis hancur istana kita kak,” kata budak yang bernama Hazirah itu. Pucat muka tembam Hasnah kerana terkejut. Dia menjerit dengan sekuat hatinya. Sepupu-sepupunya yang masih kecil itu berlarian.
“Tulah kau Hasnah tak pandai buat istana yang tahan kalau dipijak manusia,” seloroh Hakimi yang mendengar perbualan mereka. Hasnah menjuihkan bibirnya.
“Pandailah kau!” kata Hasnah lagi. Dia semakin geram dengan usikan Hakimi.
Baruddinpula hanya mendiamkan diri.

“Hoi budak-budak! Nanti awas ya! Kakak akan kenakan kamu! Awas kamu!” jerit Hasnah dengan kuat.
“Alamak, macam mana boleh jadi macam tu? Kau biarkan mereka buat sesuka hati?” soal Hasnah yang mukanya sudah kemerahan menahan malu.
Hakimi sejak tadi tersenyum sinis. Baruddinmasih tidak berganjak dari tempat duduknya di atas batu itu. Dia duduk mencangkung melihat ikan-ikan bilis berlarian di air.
“Ha, tengok! Istana kau sudah roboh Hasnah! Rupanya istana pasir kau tak tahan! Sekali tendang saja sudah musnah!” kata Hakimi mengulangi kata-katanya. Dia tertawa dengan kuat.
“Pandailah kau ketawakan orang! Nanti kau! Tak apa, saya jalan dulu! Kau berdua ni tak boleh dilayan!” kata Hasnah dengan agak geram. Dia berlalu dari situ. Wajahnya yang tembam itu menjadi kelat dengan sikap Hakimi dan Daniel.
“Hasnah jangan marah! Aku tahu kau tak ada bakat nak buat istana pasir tu! Sekali hentak saja dah hancur! Berkecai kan Hasnah!” kata Hakimi lagi.
“Sudahlah! Nanti saya tunjukkan kau istana pasir yang saya dah buat! Saya  ni pantang dicabar!” kata Hasnah dengan muka yang kemerahan kerana berada di atas matahari pagi yang semakin merangkak ke tengah hari. Hakimi ketawa. Baruddinhanya mendiamkan dirinya. Wajah Hasnah hanya dipandang seketika.
            “Bang! Tengok sana tu?” kata Hakimi tiba-tiba. Baruddinmembuntangkan mata menoleh ke arah yang ditunjukkan Hakimi.
            “Mana?” soal Daniel. Matanya melilau di mana-mana di hadapannya.
            “Tu lah! Depan tu, yang baru berjalan ke arah kita ni. Siapa tu? Bukankah mereka adalah orang yang kita cari? Abang ni butakah? Orang tua dua orang yang besar tu pun abang tak nampak?” soal Hakimi. Baruddinmasih mencari-cari benarkah wajah yang dicarinya sudah berada di depannya. Wajah Hakimi berbunga gembira. Dalam takut dia tetap gembira kerana lelaki yang dicarinya sudah kelihatan.
            “Mana? Yang pakai topi tu? Bukanlah! Pak cik dua orang tu seorang kurus kering dan seorang gemuk pendek! Tu bukan lah! Mungkin itu pak cik Budin dan pak cik Malik! Itu bukan pak cik Salleh dan pak cik Zakaria!” kata Baruddinyang sudah mengenali rangka tubuh kasar kedua-dua lelaki itu.  Berkerut dahi Hakimi mengingati susuk badan kedua-dua lelaki itu.
            “Bukan tu lah bang! Pak Budin kan saya kenal juga! Sana tu! Hujung lagi! Tak nampak dua orang lelaki yang berseluar pendek dan bertopi coklat kehitaman macam warna perahu buruk tu? Tengok betul-betullah! Jangan butakan mata tu! Abang ni tadi bukan main bersemangat lagi! Sekarang lelaki yang pernah menculik abang pun tak nampak!” bebel Hakimi lagi.
Baruddinmembuntangkan matanya melihat tempat yang ditunjukkan oleh adiknya Hakimi. Hakimi menunjuk pula dengan tangannya.
            “Oh, ya! Ya! Abang tahu! Memang itu pak cik Zakaria dan pak cik Salleh! Saya dah nampak! Ya! Itu memang lelaki yang selalu membuat tidak tidur lena selama beberapa bulan ni!” kata Baruddinmelompat keriangan. Hakimi turut tersenyum dengan apa yang berlaku. Abangnya seperti bertemu dengan seseorang yang ditunggu-tunggunya selama ini.
            “Ha! Sekarang abang kena lebih berhati-hati! Sebab kedua-dua lelaki itu licik tahu tak! Polis tidak pernah berjaya menangkap mereka! Mereka berkeliaran di kampung kita ni tapi polis tetap susah nak menangkap mereka!” kata Hakimi yang bakal menduduki tahun enam pada tahun hadapan.
            “Abang tahulah Hakim! Abang sudah rancang semuanya! Abang pasti akan berjaya menangkap kedua-dua lelaki itu! Abang tak mahu mereka lepas bebas lagi selepas ni!” kata Baruddindengan penuh semangat. Hakimi mengangguk.
            “Macam tu lah kalau nak jadi penyiasat dan bukannya senang-senang ditangkap oleh penculik kampung tu!” kata Hakimi sambil tersengih-sengih. Baruddintersengih sambil  menunjukkan penumbuknya kepada adiknya.
            “Baru puas hati abang dapat jumpa dengan pak cik dua orang tu! Kalau tidak tentu abang akan kempunan! Terpaksa balik dengan hampa,” kata Baruddinlagi. Hakimi ketawa mendengar kata-kata Daniel.
Dia sudah berdiri menunggu kedatangan kedua-dua lelaki yang pernah meninggalkannya di sebuah pulau kira-kira tiga bulan yang lalu. Namun Baruddintidak berdendam kepada lelaki itu.  
            “Sepatutnya orang jahat macam tu tak payah kita nak panggil pak cik lagi. Mereka tak layak diberi penghormatan macam tu! Orang macam tu layak dipanggil ‘barua’! Atau si pendek dan si panjang! Baru mereka tahu!” kata Hakimi tidak puas hati.
Tajam pandangannya melihat ke arah Hakimi. Hakimi terasa kecut melihat muka abangnya yang agak garang itu.
            “Mana boleh macam tu Hakim! Kalau kita yang digelar macam tu, Hakim mahu? Kalau abang, abang malu tahu malah tak suka! Tak tahulah kalau Hakimi, orang yang tak ada perasaan langsung!” kata Baruddinpula dengan suara yang lantang dan wajah yang keruh. Hakimi menggelengkan kepalanya.
            “Saya tahulah bang tetapi saya geram dengan kedua-dua lelaki yang jahat tu!” kata Hakimi. Baruddintersengih dengan alasan adiknya.
            “Ha, jangan buat macam tu. Itu dendam namanya. Yang sudah tu, sudahlah! Kita nak buat cara lain untuk mengenakan mereka. Bukan dendam tapi kita tak ada bukti lain nak tangkap mereka. Polis pun tak boleh buat apa-apa! Ketua kampung pun tak boleh nak halau mereka.” kata Baruddinberhujah menasihati adiknya Hakimi. Mereka memang saling menasihati. Hakimi mengangguk-angguk perlahan.
            “Tapi bang, kalau ayah kita tahu, tentu ayah akan pukul kedua-dua lelaki itu! Hati mereka busuk! Lagipun mereka tu bahaya! Mereka suka buat onar di kampung nelayan di sini! Macam-macam ulah mereka dah buat!” kata Hakimi menegakkan hujahnya. Baruddinmenggeleng. Dia tidak bersetuju dengan kata-kata adiknya.
            “Jangan beritahu ayah dik! Ini hal kita. Kan abang sudah beritahu Hakimi tadi, kenapa kita mesti berjumpa dengan pak cik dua orang tu?  Kita ada tujuan kan? Kita mesti berani Hakim! Jangan takut mencari kebenaran!” Kata Baruddinpula.
Walaupun selama ini dia masih fobia dengan apa yang pernah berlaku kepadanya namun dia sudah nekad dengan keputusannya. Keputusan harus dicari dan bukan berdiam diri. Kedua-dua lelaki dewasa itu harus didekati dan bukan dihindari. Kalau tidak seumur hidup mereka tidak akan tahu apa yang sebenarnya tujuan kedua-dua lelaki itu datang ke kampung mereka di pinggir Lautan Zuluman ini. Sesuatu harus dibongkar! Bisiknya dengan penuh azam.
            “Sudahlah tu bang! Saya faham. Cuma sesekali saya terlupa dengan apa yang hendak kita lakukan. Mereka semakin mendekat. Macam mana kita ni? Nak jumpa mereka?” soal Hakimi pula.
Baruddinmengangguk. Mereka menunggu beberapa minit sehingga kedua-dua lelaki yang membawa batang pancing itu sampai mendekati mereka. Kanak-kanak lain di tepi pantai itu tidak mempedulikan kehadiran kedua-dua lelaki itu.
            “Tapi, benda ni rahsia kita berdua Hakim! Kalau benda ni bocor ke pengetahuan ayah, habislah kita! Ayah akan mengurung kita di rumah macam dulu! Hakim mahu tak kalau kita berdua dikurung di rumah? Tak nampak dunia luar?” kata Baruddinteringatkan ayahnya yang agak garang dan berpendirian tegas itu. Hakimi membuntangkan matanya dan perlahan dia mengangguk. Wajah bening abangnya, Baruddindirenung seketika. Mereka berjalan serentak melihat kedua-dua lelaki dewasa itu.
            Apabila sahaja ternampak Baruddindan Hakimi, kedua-dua lelaki itu terpinga-pinga lantas tanpa menoleh ke mana-mana mereka berlari sekuat hati. Baruddindan Hakimi berasa hairan melihat tingkah laku lelaki itu. Mahu tidak mahu mereka terpaksa turut berlari ke arah lelaki itu. Baruddinpasti dia harus bertemu pandang dengan kedua-dua lelaki yang memakai kain pelekat lusuh dan bersongkok hitam itu.
            ”Tentu mereka takutkan abang! Jangan-jangan mereka sudah lama tunggu abang. Tapi mereka macam takutkan kita pula!” kata Hakimi kehairanan. Baruddinmengangguk dalam diam.
            ”Memanglah mereka takutkan kita. Jangan susah, hari ini juga kita mesti kejar mereka sampai dapat. Kalau dah dapat barulah kita temuramah mereka Hakim! Kita tenang-tenang dulu. Jangan banyak cakap!” kata Baruddinyang cuba bertenang apabila ternampak dengan penculik yang mereka maksudkan.
            ”Saya takutlah bang! Kalau mereka ramai, matilah kita!” kata Hakimi pula.Baruddinjuga bimbang dengan sangkaan Hakimi.
            ”Tidak! Abang mengenali mereka! Mereka hanya berdua! Mereka susah nak percayakan orang lain. Abang tahu tu!” kata Baruddindengan bersungguh-sungguh. Hakimi mengangguk.
            ”Betul juga tu bang. Mereka sentiasa berhati-hati dengan orang yang mereka temui di kampung kita ni. Mereka... tu licik bang!” kata Hakimi pula. Hakimi bercakap termengah-mengah dan suaranya terputus-putus.
            ”Sabarlah, suatu hari mereka akan disumbat ke dalam penjara juga. Mereka akan tetap mendapat keadilan atas apa yang mereka telah lakukan kepada kanak-kanak di sekitar pinggir lautan Zuluman ini.” kata Baruddinmenasihati adiknya. Mereka berpandangan seketika namun mereka tetap melajukan langkahan kaki mereka biarpun lautan pasir menyebabkan mereka sukar untuk berjalan laju. Namun, langkah harus diteruskan.
”Cabaran kita sudah bermula. Tapi, abang nak ingatkan Hakim. Kalau Hakim tak mahu ikut abang, Hakim berhenti tapi tolong jangan buka rahsia ini sebelum bukti kita temui!” kata Baruddinberpesan kepada adiknya Hakimi. Hakimi mengangguk. Dia perlu memberikan kerjasama kepada abangnya itu.
 ”Baiklah bang. Jangan susah, saya mesti membantu abang!” kata Hakimi pula. Baruddinmengangguk mendengar ikrar Hakimi itu.
”Bukan senang kita nak pasang perangkap kepada mereka tu Hakim. Susah sangat! Tapi kali ini abang janji yang abang akan berhati-hati dengan mereka!” kata Baruddinyang sudah masak dengan tindak-tanduk kedua-dua lelaki yang sedang mereka intip itu.

”Hakim kan cakap awal-awal lagi. Mereka tu licik tapi abang ni bertindak sendirian! Hakim takut kita gagal lagi kali ni bang!” kata Hakimi pula. Buntang mata Baruddinmemandang adiknya itu. Namun, dengan azam yang sudah terbina sekian lama Baruddinharus meneruskan tugasnya. 

No comments:

Post a Comment