Thursday, June 19, 2014

Novel Kanak-Kanak: Dunia Daniel Badri 3

Bab 3

Pertemuan Dengan Jamal


Baruddin dan Hakimi berjalan dengan langkahan yang laju. Mereka hendak melihat sama ada Pak cik Zakaria  dan Pak cik Salleh berada di tepi pantai setengah kilometer dari rumah mereka itu.
            “Hei Daniel! Hakimi! Ke mana tu?” tiba-tiba Baruddindan Hakimi mendengar suara dari arah belakang mereka.
            “Oh, kau pula Jamal! Ingatkan siapa tadi.” Kata Baruddinyang dihampiri oleh Jamal. Jamal memberhentikan basikalnya. Baruddintersenyum kepada Jamal yang datang dengan basikal tuanya.
            “Kau nak ikut aku tak?” soal Jamal mengharap. Hakimi hanya melihat tingkah laku mereka.  Lama Baruddinmemandangnya rakannya yang suka menaiki basikal itu. Kemudian, Baruddinmenggeleng.
            “Ke mana?” soal Baruddinpula. Matanya mendongak ke arah Jamal. Baruddintidak berminat.
            “Ke bandar Sierra kejap. Saya  nak beli buku komik terbaru ‘Doraemon’! Kita dua orang naik basikal. Adik kau ni tinggallah dulu. Kita berdua jalan-jalan kejap. Mahu tak?” soal Jamal lagi. Baruddinmenggelengkan kepalanya sekali lagi. Dia tidak berminat hendak berbuat sesuatu dengan rakan sekelasnya itu.
            “Tak naklah. Basikal kau ni dah teruk. Saya  tak mahu cari hal. Kalau ada apa-apa di bandar nanti siapa yang susah, saya juga! Saya  ada hal nak buat ni! Nantilah kalau ada masa baru kita jalan-jalan! Tapi, sekarang ni tak boleh! Saya  belum minta izin dengan ibu bapa!” kata Baruddinpula. Mereka berpandangan sesama adik-beradik. Masing-masing tersengih. Muka Jamal kelat mendengar penolakan Daniel.
            “Tak apalah. Kalau esok kita turun memancing di Pulau Malmanuk, kau mahu?” soal Jamal membuka cadangannya yang baru. Jamal adalah rakan sekampung dan rakan sekolah mereka. Baruddinmendiamkan diri. Dia cuba merenung rancangannya Jamal.
            “Ha! Ha! Ha! Ada hati kau nak pergi ke pulau tu! Kau tak tahu berenang, macam mana nak pergi? Kalau lemas di sana, siapa nak selamatkan kau? Kau tahu pulau tu jauh dari sini. Kalau Pulau Marimutik tu tak apalah juga, dekat sikit dengan kampung kita. Boleh jerit panggil ayah kau kalau kau lemas,” kata Baruddinberasa lucu dengan cadangan Jamal hendak membawanya ke Pulau Marimutik.  Jamal masih tersengih-sengih.
            “Hei, budak kampung! Kau jangan nak tunjuk sombong dengan sayalah! Ni Jamal tahu tak? Saya ni pandai berenang tahu! Jangan nak tengok sebelah mata kepada saya ha! Belum tahu belum cuba kawan!” kata Jamal membela dirinya. Dia tidak selesa dikatakan tidak pandai berenang.
Hakimi masih tersengih-sengih berdiri di tengah panas matahari itu. Namun, sebagai anak laut yang tinggal di pinggiran laut, mereka sudah biasa dengan matahari yang memanah kepala dan kulit, ombak yang membesar, atau petir yang memanah tatkala hujan.
            “Kau jangan nak menghina kami sebagai budak kampung Jamal! Kau pun belum tahu siapa kami! Tak kenal maka tak cinta tahu!” kata Hakimi membela abangnya Daniel. Kali ini Jamal pula yang tersengih-sengih. Baruddintidak berkata apa-apa.
            “Tengok dulu lah Jamal. Kami  kena tanya ayah  dulu. Takut-takut kalau ayah tak benarkan kami keluar esok. Kami ni budak bawah umur lagi tahu? Lagipun, apa istimewanya pulau kecil tu? Biasanya orang beriya-iya nak pergi ke Pulau Omara, Pulau Tampeh-Tampeh atau Pulau Saripadan! Sana lebih seronok tahu! Ramai pelancong suka tempat tu! Pantainya cantik dan lubuknya dalam. Banyak ikan kalau kita memancing!” kata Baruddin pula. Jamal ketawa sekuat hatinya. Baruddin dan Hakimi pula yang terpinga-pinga.
            “Kau ni budak kampung lah! Pulau Malmanuk kau tak tahu! Pulau tu yang paling cantik di sekitar Lautan Zuluman ni. Tak ada pulau lain yang dapat melawan Pulau Malmanuk tahu tak? Malah, bersih dan banyak ikan yang besar-besar. Para pelancong dari seluruh dunia datang ke sana semata-mata nak memancing atau snorkeling kat  sana. Betul-betul kamu berdua ni budak kampung! Kau tak mahu pergi ke sana?” kata Jamal mengajak dengan bersungguh-sungguh. Dia memberikan sesuatu yang menarik tentang Pulau Malmanuk. Baruddinberfikir seketika.
            “Nanti saya fikirkan Jamal. Lagipun cuti sekolah lama lagi ni. Banyak aktiviti yang boleh kita lakukan,” kata Baruddinmemujuk Jamal. Hakimi mengangkat keningnya. Dia tidak senang hati dengan penerimaan abangnya itu.
“Esok kita pergi ya? Esok aku datang ke sini pada waktu macam ni lah! Siapkan dulu kerja-kerja rumah kita! Taklah ayah kita marah!” kata Jamal membuat perancangan. Begitulah sebagai kanak-kanak yang tinggal di tepi laut. Ada-ada sahaja rancangan mereka. Baruddinmengangguk.
“Jangan dululah. Esok saya ada kerja nak buat. Nanti ayah  tak benarkan pula saya ke mana-mana lagi kalau saya buat hal lagi!” kata Daniel. Hakimi hanya tersenyum.
“Ah, kau ni sikit-sikit ayah. Sikit-sikit ayah. Ayah kau kan sibuk di laut. Mana ada masa dia nak tengok apa kau buat!” Kata Jamal geram dengan sikap Baruddinyang suka menolak cadangannya.
“Tak boleh. Mak kami kan ada. Emak  akan beritahu semua aktiviti  anak-nakanya kepada ayah,” kata Baruddinmenambah alasannya. Baruddinbelajar menjadi jujur kepada dirinya sendiri.
“Oklah kalau macam tu. Apa yang boleh saya buat, kan! Lain kalilah kita jumpa kan!” kata Jamal mengalah. Jamal mengayuh basikalnya. Baruddinmasih tersengih.
            “Ikan apa yang ada di sana tu Jamal? Aku rasa belakang pelabuhan tu banyak ikan ikan tambak! Tak usah jauh-jauh cari ikan! Boleh juga kita cari makan,” kata Baruddinpula. Hakimi menyengih. Wajahnya yang masam tadi cuba ditukarnya kepada senyumannya yang manis.
            “Hey, kau belum tahu lagi. Kata pak cik saya, di pulau Malmanuk tu banyak ikan putih yang jinak-jinak, ikan sebelah dan ikan tenggiri. Kau tak mahu ke sana? Kita pinjam lah perahu ayah saya yang tersadai di bawah kolong rumah saya tu!” kata Jamal memberi cadangannya lagi. Dia masih tidak putus asa mengajak Baruddindan Hakimi.
Tawaran Jamal itu menarik minat Baruddindan Hakimi yang suka bergaul dengan lautan. Kebetulan sekarang cuti sekolah sudah bermula. Peperiksaan akhir tahun sudah berlalu. Hatinya melonjak gembira. Tawaran itu benar-benar menggembirakannya.
            “Saya fikir dululah Jamal. Petang nanti kau datang rumah lah. Sekarang ni kami ada hal! Betul-betul saya nak minta maaf kepada kau!” kata Baruddinmengenyitkan matanya ke arah Hakimi. Hasratnya hendak meninjau-ninjau keadaan Pak cik Alimin dan Aluman yang pernah menculiknya itu menjadi tawar. Dia berjalan dengan lemah. Jamal sudah berlalu dengan basikal tuanya.
            “Macam mana ni Hakimi? Kau nak jumpa pak cik dua orang tu atau tidak?” soal Baruddinpula. dilihatnya anak mata adiknya Hakimi juga bersinar.
            “Bagus juga cadangan Jamal tu kan bang! Kalau kita dapat jalan-jalan ke pulau, boleh kita tangkap ikan-ikan besar! Kalau jual di pasar boleh buat duit kita! Boleh buat belanja sekolah nanti,” kata Hakimi pula. Tawaran Jamal menjadi punca cerita.
            “Abang rasa pun bagus juga. Tapi, kita bincang dulu lah. Kita baiki dulu mata pancing kita tu! Cari model buat beli umpan. Takkan nak minta duit mak lagi. Nanti mak marah, susah lagi! Banyak pula leteran emak nanti!” kata Baruddinyang sudah biasa dengan leteran emaknya.
            “Tapi bang, boleh percayakah dengan  Jamal tu?” kata Hakimi pula. Baruddinberfikir sekali lagi. Kemudian, dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia serba-salah sebenarnya.
            “Tengok dululah! Sekarang baik kita jalan perlahan-lahan dan tengok kalau-kalau pak cik Zakaria dan pak cik Salleh ada di pantai sebelah sana tu! Mana tahu dia memancing budak lain lagi!” kata Baruddinpula. Pandangannya terarah jauh ke Kampung Palu-Palu.

            “Baiklah bang. Marilah kita tengok dia di sana. Mahu tahu nasib kita baik hari ni!” Kata Hakimi lantas membetulkan langkah. Mereka berjalan dengan pantas sekali. 

No comments:

Post a Comment